Wednesday, March 14, 2012

Kappa

Kappa, dipanggil juga Kawatarō atau Kawako, ialah makhluk legenda, jenis pari-pari air dalam cerita rakyat Jepun.Pada agama Shinto, mereka dianggap sebagai salah satu suijin ("dewa air").

Di Jepun, kappa ialah raksasa yang sangat terkenal. Pada masa dahulu, mereka dipercayai tinggal di sungai dan anak sungai. Cerita-cerita tentang kappa menyebut mereka adalah separuh manusia dan separuh penyu ... kadang-kadang setengah manusia dan setengah katak. Dalam semua kes, kappa bersaiz kanak-kanak dan mempunyai rongga seperti mangkuk di atas kepala. Mangkuk ini mesti sentiasa dipenuhi  air, atau kekuatan ghaib kappa akan hilang.Ini adalah mengapa kesopanan adalah penting ... apabila anda bertemu dengan kappa, tunduklah serendah-rendahnya; kappa mungkin akan melakukan perkara yang sama,dan menyebabkan air tumpah dan anda akan berjaya menangkapnya.
 
Dikatakan bahawa kappa sering menarik kuda dan manusia ke dalam sungai.
Walaupun mempunyai badan kecil seperti kanak-kanak, mereka mempunyai kekuatan fizikal yang kuat. Rahsia kekuatan yang hebat ini adalah daripada air di dalam mangkuk di atas kepala mereka. Ini adalah sumber segala kuasa mereka.
 


Kerana kekuatan ini,kappa suka sukan Sumo.Pertama sekali, kappa tidak pernah tewas oleh manusia dalam perlawanan Sumo... tetapi, kappa mempunyai kelemahan. Pada awal perlawanan, apabila ritual lawan tunduk kepada satu sama lain, air di dalam piring pada kepala kappa akan melimpah keluar, dengan cara ini, kappa boleh dipaksa berputus asa.

Kerana hidup di dalam air, kappa adalah perenang yang cemerlang.Ketika berenang,kappa tidak boleh ditandingi.Terima kasih kepada tangan dan kaki mereka yang berselaput,ini menyebabkan mereka menjadi perenang yang pantas.

Kappa suka akan timun.Pada awal musim panas, timun dilepaskan dalam sungai yang berdekatan untuk  menyenangkan dan membahagiakan kappa.

 Sehinga kini,kappa menjadi cerita lagenda yang diceritakan kepada kanak-kanak dari turun-temurun.Ramai menganggap kappa direka orang tua-tua untuk mengingatkan kanak-kanak supaya berhati-hati ketika bermain di sungai.Namun,terlalu ramai saksi yang  mendakwa pernah melihat kappa.Jadi,sejauh manakah kebenaran lagenda kappa ini?

Monday, March 12, 2012

Raksasa Loch Ness

Raksasa Loch Ness ataupun lebih dikenali sebagai Nessie, ialah makhluk mitos yang dikatakan mendiami Tasik Ness (Loch Ness) di Tanah Tinggi Scotland.

Kisah Nessie mula-mula masyur di seluruh dunia pada 1933,apabila Alex Campbell,polis marin mengeluarkan kenyataan dalam akhbar Inverness Courier bahawa beliau telah terserempak dengan seekor naga muncul dari dalam tasik Loch Ness.Sepanjang tahun selepas itu,banyak lagi laporan dan kanyataan saksi lain yang turut menceritakan penemuan sejenis makhluk aneh, bersaiz gersasi dan membaham haiwan ternakan,muncul dari permukaan Tasik Loch Ness.Pada 6 Disember 1933,gambar foto pertama Nessie diterbitkan.Pada waktu itu, kerajaan Scotland mengeluarkan arahan kepada polis agar tidak mencederakan makhluk itu apabila menangkapnya.

Antara ekspedisi paling penting pencarian Nessie dilakukan oleh syarikat televisyen British,BBC,pada 2003.Pada waktu itu,BBC telah membiayai projek besar-besaran memancarkan 600 peranti radar sonar yang berhubung terus ke satelit di angkasa untuk mencari pergerakan di tasik Loch Ness seluas 56.4 km persegi.Namun peranti sonar tidak dapat mengesan apa-apa pun.Tidak ada bayang Nessie langsung.

Selain itu,terdapat ekspedisi yang dijalankan oleh Dr. Robert Rines sebanyak 4 kali,pada 1972,1975,2001 dan 2008.Seperti ekpedisi BBC, ekspedisi Rines juga tidak menemui apa-apa yang benar-benar signifikan.Ekspedisi yang dijalankan pada 2001 merekodkan aluran air berbentuk V yang laju di permukaan tasik Loch Ness,seolah-olah ada sesuatu yang sedang berenang pantas.Dalam ekpedisi tersebut,selain beberapa spesies fungus yang biasanya terdapat di laut dalam,juga dijumpai beberapa cangkerang-cangkerang siput dan kepah.Dr. Rines membuat andaian,mungkin wujud jalan bawah tanah untuk Nessie keluar masuk dari Loch Ness terus ke Lautan Atlantik.Walau bagaimanapun,ekspedisi Dr.Rines turut gagal menjumpai Nessie.



Saintis semakin lama semakin gigih berusaha membongkar rahsia Nessie. Mungkin tidak lama lagi,Nessie akan dijumpai dan menyelesaikan misteri yang menjadi tanda tanya dunia ini.

Duyung

Ikan duyung merupakan makhluk air mitos dengan kepala dan badan wanita dan ekor ikan. Ikan durung digambarkan secara meluas dalam cerita rakyat, kesusteraan dan budaya popular.

Menurut lagenda, ikan duyung adalah makhluk air yang memiliki kepala dan tubuh layaknya seorang perempuan dan ekor menyerupai ikan. Ikan duyung hidup di dasar laut dan dikatakan merupakan seorang puteri yang telah disumpah sebahagian anggotanya daripada paras pinggang hingga ke kaki menjadi ikan. Cerita mengenai ikan duyung wujud dalam hampir semua masyarakat di dunia. Dalam mitologi Yunani, ikan duyung dikatakan selalu menggoda para pelaut yang lalai. Sesiapa yang tergoda akan menemui ajalnya. Masyarakat Babilonia pula menyembah ikan duyung sebagai Tuhan atau dewa laut yang dikenal sebagai Ea atau Oannes. Oannes digambarkan sebagai duyung jantan.
Putri ikan duyung juga dikenali sebagai watak dalam dongeng The Litlle Mermaid (1986) karya Hans Christian Andersen yang telah diterjemah ke pelbagai bahasa.

Cerita tentang puteri duyung pertama kali diceritakan di Assyria,Iraq. Cerita itu berkisar tentang Dewi Atargatis,Semiramis. Dewi Atargatis jatuh hati pada seorang gembala, yang kemudian terbunuh olehnya. Kerana malu, ia terjun ke danau untuk mengubah diri menjadi ikan. Namun, air tidak mampu mengubah dirinya sepenuhnya kerana ia masih memiliki kekuatan sebagai seorang Dewi. Akhirnya, hanya separuh tubuhnya yang menjadi ikan.

Filem makhluk tersebut yang terkenal di Malaysia ialah filem Duyung arahan KRU Studios.Filem tersebut mengisahkan seorang pemuda bernama Jimmy(Saiful Apek) bertemu dengan seekor duyung(Maya Karin) yang jatuh cinta dengan Jimmy.


Penampakan duyung semakin bertambah dari hari ke hari di seluruh dunia.Ramai mendakwa pernah melihat makhluk tersebut dan ramai juga terbukti menipu.Adakah anda percaya ada duyung di luar sana?

Saturday, March 10, 2012

Yeti

Yeti atau Manusia Salji yang Dahsyat ialah makhluk mitos menyerupai mawas yang dikatakan menghuni kawasan banjaran Himalaya di Nepal dan Tibet.

Yeti dan Meh-Teh ialah nama-nama yang biasa digunakan oleh orang asli di rantau ini.Yeti dianggap sebagai satu legenda kerana kekurangan bukti,namun ia tetap menjadi salah satu makhluk yang terkenal.Yeti dianggap sebagai makhluk yang sama dengat bigfoot.


Penemuan tapak kaki terawal ditemui ialah pada tahun 1899 oleh Laurence Waddell.Wadell membuat kesimpulan tapak kaki tersebut ialah tapak kaki beruang.Semakin lama semakin meningkat saksi yang mendakwa terserempak atau menjumpai binatang tersebut.


Seekor yeti telah dilaporkan ditangkap di Rusia pada Disember 2011.Seorang pemburu melaporkan telah  melihat makhluk seperti beruang, cuba untuk membunuh salah seekor biri-birinya, tetapi selepas dia melepaskan tembakan, makhluk tersebut berlari ke dalam hutan dengan  2 kaki.



Kini kewujudan yeti masih menjadi tanda tanya.Ramai pihak cuba membongkarkan kewujudannya tetapi masih gagal.Adakah yeti wujud ataupun hanya lagenda rakyat?

Unicorn

Unikorn (bahasa Inggeris: unicorn) ialah makhluk legenda. Unikorn menyerupai kuda atau kambing, dengan satu tanduk di atas kepalanya. Perkataan unicorn datang daripada perkataan latin unus, yang bermaksud satu, dan cornu yang bermaksud tanduk.


Unicorns tidak dijumpai dalam mitologi Yunani, tetapi sebaliknya dalam sejarah alam semulajadi, bagi penulis  sejarah alam,mereka yakin dengan kewujudan unicorn yang terletak di India. Keterangan yang terawal adalah daripada Ctesias,penulis sejarah alam terkenal, menyifatkan mereka sebesar kuda,berwarna putih dan mempuntai mata biru gelap.Menurut Ctesias,unicorn tinggal di india.Mereka mempunyai tanduk di dahi,dianggarkan sepanjang setengah meter.Tanduknya dikatakan mempunyai kuasa penyembuhan.

Crop Circle

Crop Circle merupakan fenomena alam penuh misteri yang sampai saat ini paling sering dijumpai.Sudah hampir 350 tahun semenjak kemunculannya pertama kali di Inggeris pada tahun 1647,sampai sekarang belum ada jawapan yang pasti bagaimana cara mereka terbentuk.

Crop Circle sendiri adalah lingkaran aneh yang sering terbentuk diatas ladang gandum.Uniknya lingkaran-lingkaran yang bentuknya sangat sempurna dan memiliki ketelitian yang tinggi tersebut terbentuk dalam waktu yang singkat sahaja.

Sampai sekarang banyak pandangan mengenai proses terbentuknya Crop Circle.Ada yang beranggapan Fenomena tersebut dibuat oleh manusia,tapi ada pula yang beranggapan murni dari proses gejala alam.Sehingga kini belum ada lagi kesimpulan atas sebab terjadinya fenomena tersebut.

Big Foot


Bigfoot merupakan makhluk misteri yang diciri-cirikan sangat besar,dikatakan tingginya mencapai 2.5m dengan bulu-bulu yang menutupi seluruh tubuhnya. Bigfoot dilaporkan telah ditemukan didaerah Kanada dan Amerika Utara sejak abad 19-an. Di lihat dari jejak kakinya dianggarkan beratnya mencapai 400 kg. Bigfoot dikenal juga dengan nama Sasquatch.

Sejauh ini,ramai orang hanya bisa menemukan jejak kakinya yang berukuran raksasa.

Jejak kaki raksasa itu pertama kali ditemukan seorang wartawan yang berasal dari California, Amerika Syarikat pada Maret 1999. Malam itu dia tengah memandu menuju Oregon.Di sebuah tempat sunyi,dia berhenti di sebuah warung makan.Tiba-tiba dia terdengar pergaduhan. Dia berlari menuju ke keretanya. Sebuah jejak kaki raksasa tercetak di sekitar keretanya.Dia melihat ke sekeliling, kelihatan seekor binatang raksasa setinggi sekitar 2.5 meter berlari di tengah malam .Sejak itulah legenda Bigfoot bermula.Jumlah saksi yg pernah melihat Bigfoot pun semakin bertambah hingga jumlahnya menjadi ratusan bahkan ribuan orang.Kini kewujudannya masih menjadi tanda tanya.Adakah Bigfoot wujud?