Monday, March 12, 2012

Raksasa Loch Ness

Raksasa Loch Ness ataupun lebih dikenali sebagai Nessie, ialah makhluk mitos yang dikatakan mendiami Tasik Ness (Loch Ness) di Tanah Tinggi Scotland.

Kisah Nessie mula-mula masyur di seluruh dunia pada 1933,apabila Alex Campbell,polis marin mengeluarkan kenyataan dalam akhbar Inverness Courier bahawa beliau telah terserempak dengan seekor naga muncul dari dalam tasik Loch Ness.Sepanjang tahun selepas itu,banyak lagi laporan dan kanyataan saksi lain yang turut menceritakan penemuan sejenis makhluk aneh, bersaiz gersasi dan membaham haiwan ternakan,muncul dari permukaan Tasik Loch Ness.Pada 6 Disember 1933,gambar foto pertama Nessie diterbitkan.Pada waktu itu, kerajaan Scotland mengeluarkan arahan kepada polis agar tidak mencederakan makhluk itu apabila menangkapnya.

Antara ekspedisi paling penting pencarian Nessie dilakukan oleh syarikat televisyen British,BBC,pada 2003.Pada waktu itu,BBC telah membiayai projek besar-besaran memancarkan 600 peranti radar sonar yang berhubung terus ke satelit di angkasa untuk mencari pergerakan di tasik Loch Ness seluas 56.4 km persegi.Namun peranti sonar tidak dapat mengesan apa-apa pun.Tidak ada bayang Nessie langsung.

Selain itu,terdapat ekspedisi yang dijalankan oleh Dr. Robert Rines sebanyak 4 kali,pada 1972,1975,2001 dan 2008.Seperti ekpedisi BBC, ekspedisi Rines juga tidak menemui apa-apa yang benar-benar signifikan.Ekspedisi yang dijalankan pada 2001 merekodkan aluran air berbentuk V yang laju di permukaan tasik Loch Ness,seolah-olah ada sesuatu yang sedang berenang pantas.Dalam ekpedisi tersebut,selain beberapa spesies fungus yang biasanya terdapat di laut dalam,juga dijumpai beberapa cangkerang-cangkerang siput dan kepah.Dr. Rines membuat andaian,mungkin wujud jalan bawah tanah untuk Nessie keluar masuk dari Loch Ness terus ke Lautan Atlantik.Walau bagaimanapun,ekspedisi Dr.Rines turut gagal menjumpai Nessie.



Saintis semakin lama semakin gigih berusaha membongkar rahsia Nessie. Mungkin tidak lama lagi,Nessie akan dijumpai dan menyelesaikan misteri yang menjadi tanda tanya dunia ini.

No comments:

Post a Comment